Tuesday, 31 May 2011

KEK KARAMEL PELANGI

 COMBINATION YANG SANGAT MANTAP... CARAMEL + PUDING + KEK.. MAKAN PULAK SEJUK-SEJUK.. SEDAPNYA...  ARITU BUAT, TAK SEMPAT NAK SEJUK DAH KENA NGAP... PETANGNYA SAYA BUAT LAGI SEBIJI... PUN SAMA.. SEMPAT SNAP GAMBAR MASA SEBELUM DITERBALIKKAN JER. GAMBAR YANG DAH DITERBALIKKAN TAK SEMPAT... 


(Loyang saiz 7x7)
(A) - BAHAGIAN GULA HANGUS
      2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan.
. (biar gula hancur n wrna tukar jd perang) biarkan dia sejuk after dah perang. 
(B) – BAHAGIAN TENGAH (KARAMEL)
      1/2 tin susu cair FN... (blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70 gm gula kastor
      1/2 SK esen vanilla
      3 biji kuning telur (klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)
(C) – LAPISAN KEK
      140 gm tepung gandum
      70 gm gula kastor
      3 biji kuning telur
      135 ml air biasa
      1 sk baking powder
      45 ml minyak masak
(D) – CARA BUAT MERINQUE
      6 biji putih telur
      70 gm gula kastor
      1 sk krim of tartar

CARA MEMBUAT
©      Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye
©      Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi
©      Pukul bahan (C)
©      Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat letak atas kepala pun dia x jatuh...hehe
©      Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati
©      Bahagikan kpd beberapa bahagian letakkan pewarna
©      Masukkan ke dalam loyang
©      Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180C
©      Bila masak, angkat dan rest 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi
©      Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2

** P/S : NAK SENANG, SAYA BUAT (A) PASTU (D)... KEMUDIAN BARU BUAT (B) DAN (C)

KEK LAPIS WATER MELON CHEESE

RESEPI NIE TAK SEMPAT SAYA CUBA LAGI. TAPI MEMANG TERUJA SANGAT NAK BUAT... TENGOK JE LAH COLOUR NYER YANG MERIAH TU.. HEHE.. CANTIK SANGAT!!! SO, SAYA LETAK JE DULU RESEPI NIE KAT SINI. GAMBAR PUN SAYA AMBIL DARI RAKAN BLOGGER.. SO, KEPADA SESIAPA YANG NAK CUBA DULU, SILAKAN....



     BAHAN-BAHAN
       10 biji telur
       150 gm gula halus
       2 gelas tepung hong kong (kira-kira 180-200 gm)
       1 sudu ovallette
       100 gm horlick
       450 gm mentega
       1 tin susu pekat manis
       250 gm cream cheese
       Chocolate chips

CARA MEMBUAT
©   Telur, gula, tepung hong kong, horlick dan ovalette di pukul hingga kembang dan pekat.

©   Mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih. satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati. Bahagi kan kpd 3 bahagian.

(a) warna hijau 3 lapis (setiap lapisan 5 sudu makan)
(b) warna putih 2 lapis (setiap lapis 5 sudu makan)
(c) warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan chocolate chips)

©       Bakarlah selapis-selapis sehingga masak.

Tuesday, 24 May 2011

AISKRIM PELANGI

TIBA-TIBA TERASA CAM NAK BUAT AISKRIM SENDIRI LA PULAK..  SO, SETELAH MENGGOOGLE KAT INTERNET, SAYA PUN TERJUMPA RESEPI NIE. SAYA BUAT PERASA YAM + PANDAN + STRAWBERRY... HEHE.. NAMA PUN BUAT SENDIRI KAN, SO... PERASANYA PUN IKUT SUKA HATI JE LAH... TAPI MAKE SURE KALAU NAK BUAT, BUANG TALI PUSAT DALAM TELUR DULU. KALAU TAK NANTI AISKRIM NI BERBAU HANYIR TELUR...



BAHAN-BAHAN :
   1 biji telur
   2 sudu besar overlatte
   1 tin susu pekat F&N - 505 gram
   1/2 tin susu segar 
   1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
   1 sudu teh esen vanilla
   1 sudu teh perisa pilihan (kalau tak nak pun tak pe)
   beberapa titik pewarna pilihan 
CARA MEMBUAT :
©   Masukkan semua bahan tadi dlm mangkuk dan pukul dengan mixer hingga naik dan kembang dan pekat.
©   Kemudian bahagikan kepada beberapa warna pilihan.
©   Mula melapis adunan 
©   Masuk dlm peti ais sehingga keras.

MINI PIZZA

MINI PIZZA NIE SAYA BUAT UNTUK BEKAL ANAK-ANAK KE SEKOLAH.... BAHAN-BAHAN PUN SIMPLE JER. SEKADAR MENGHABISKAN STOK YANG ADA DALAM FRIDGE...
 




BAHAN-BAHAN :

       500 tepung gandum
       1 paket yeast mauripan  *
       1 s/k gula *
       1 s/k garam
      1 s/b majerin
       1 cawan air suam *
       1/2 cawan minyak


          BAHAN UTK INTI :
          (ikut pilihan sendiri)

      Capsicum
      
Tuna/ayam/daging/udang/sesej
   
    Sos prego
  
     Mix vege/nenas
    
   Keju mozarella

 
CARA MEMBUAT :

©       Satukan bahan * untuk hidupkan yis dulu
©       Campurkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar dan uli hingga betul2 lembut
©       Tutupkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda
©       Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin)
©       Bahagi adunan kepada 10 bahagian
©       Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki
©       Tarik hujung adunan, bawa keatas dan masuk kebawah. (keliling pizza akan jadi mcm 
          btembok sikit…)
©       Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah
          dipanaskan 180 C selama 10 minit.
©       Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai. Bakar lagi  
          sehingga nampak keju mozzarella cair.