Sunday, 19 June 2011

APAM PELANGI

HARI NIE MOOD RASA CHEERLEES & GLOOMY JER.. BIASALAH, PERUBAHAN HORMON SEBULAN SEKALI. HEHE... SO, SAYA PUN MENGGOOGLE LA RESEPI-RESEPI YANG DAPAT MENCERIAKAN BALIK HATI SAYA YANG SURAM NIE.. BILA TERPANDANG JER APAM PELANGI NIE, HATI SAYA TERUS JADI CERIA DAN BERWARNA-WARNI SECERIA WARNA PADA APAM-APAM NIE.. HEHE.. SEBENARNYA TAK SUSAH NAK CERIAKAN HATI SAYA NIE. MEMASAK & MELIHAT BENDA-BENDA YANG BEWARNA-WARNI SEPERTI PELANGI DAH CUKUP UNTUK MENCERIAKAN HATI SAYA.. HEHE.. PELIKKAN??? TAPI, ITULAH SAYA... UPS... LUPA PULAK, CHOCOLATE.. 3 BENDA NIE MEMANG AKAN MENCERIAKAN SAYA... "COOKING, COLOURS & CHOCOLATE..."

TAMBAHAN :
 BILA BACA BALIK ENTRI NIE BARU SAYA PERASAN, CERIA = 3C... HEHE..
 

APAM PELANGI... YANG TELAH MENCERIAKAN HARI SAYA YANG SANGAT CHEERLESS & GLOOMY..  :)



APAM YANG DAH SIAP DIPOTONG UNTUK BEKAL ANAK-ANAK KE SEKOLAH AGAMA SEBELAH PETANG...



** UNTUK PERINGATAN SAYA, BUAT 2 ADUNAN LAIN KALI

BAHAN-BAHAN :

2 BIJI TELUR

1 SK OVELLETE

1/2 SK ESEN VANILA

150 GM TEPUNG GANDUM

150 GM GULA HALUS

125 ML SANTAN KARA (SAYA GANTI SUSU CAIR)

1 SK BAKING POWDER

SECUBIT GARAM

PEWARNA


CARA MEMBUAT :
©      PUKUL TELUR, GULA & OVELLETE SAMPAI GEBU

©      MASUK SANTAN/SUSU DAN ESEN VANILA. KACAU SEBATI

©      MASUKKAN TEPUNG YANG DIAYAK BERSAMA BAKING POWDER. KACAU RATA

©      BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN & WARNAKAN IKUT PILIHAN

©       TUANGKAN SELAPIS DEMI SELAPIS DAN KUKUS 30 MINIT











No comments:

Post a Comment