Wednesday 22 June 2011

ROTI PINTAL

Semalam mood meroti datang lagi... terasa-rasa nak makan roti panas-panas sambil cicah nescafe... herm... marbelles!!! So, acara uli- menguli pun dimulakan. Hubby nak letak honey, anak-anak nak letak butter ngan gula je. Umie pulak, cinnamon lover... mestilah letak cinnamon powder kan... hehe... nama pun buat sendiri, so.. kita bebas nak letak inti atau topping mengikut kegemaran masing-masing... Memang lembut dan gebu sangat roti ni.Resepi asal tak pasti dari Kak Yani yang vavavoom tu atau Cik Mat Gebu yang meletop... Yang pastinya roti ni memang lah sedap sangat, walaupun rupanya tak lah secomel mana.. Hehe.. Bukan nak masuk lif tekan sendiri tau, tapi kalau dah dalam lif tu kita sorang je yang ada, kena lah tekan sendiri jugak kan.. kuang.. kuang.. kuang..



ROTI HONEY + BUTTER.. HUBBY YANG PUNYA...


ROTI YANG BAWAH TU ANAK-ANAK YANG PUNYA... BUTTER + GULA...
BAHAN-BAHAN :
(Untuk peringatan saya sendiri... sila buat 2 adunan lain kali)
380 gm tepung high protein (tepung roti)
3 sb susu tepung
80 gm gula castor
3 sk yis segera
1 biji telur Gred A- dipukul sikit dengan garfu
100 ml air suam
100 gm water roux*
½ sk garam
30 gm butter
30 gm shortening

CARA MEMBUAT
©      Satukan yis dan air suam. Masukkan secubit gula. Biarkan hingga berbuih

©      Satukan semua bahan- bahan kecuali mentega dan yis. Gaul hingga sebati

©      Masukkan yis dan uli lagi. Masukkan mentega dan uli hingga kenyal dan lembut. Lebih lama lebih elok…

©      Buatkan bentuk bulat dan tutup dengan plastik

©      Rehatkan hingga adunan naik 2x ganda

©      Keluarkan adunan dan tumbuk untuk buang angin

©      Bahagi kepada 4 bahagian dan mulakan proses memintal

©      Rehatkan roti yang sudah dipintal tadi hingga naik 2x ganda

©      Panaskan oven pada suhu 180 celcius

©      Bakar hingga masak ~ suhu 180 celcius selama 20 minit (bergantung kepada oven masing-masing


WATER ROUX


CONTOH WATER ROUX YANG SAYA BUAT... SAYA BUAT LEBIH SIKIT, SIMPAN DALAM FRIDGE... BILA NAK GUNA SENANG...

(menggunakan kaedah 1:5   ~   1 untuk tepung, 5 untuk air)
50 gm tepung gandum
250 ml air
©      Masukkan dalam kuali/pan dan panaskan dengan api sederhana

©      Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul

©      Kacau hingga pekat dan padamkan api (dalam 2 minit jer)

©      Bila sejuk, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam fridge hingga nak digunakan

©      Bila nak guna, keluarkan dari fridge, dan biarkan hingga turun ke suhu bilik





No comments:

Post a Comment